Luahan perasaan - keputusan berubah ubah
Assalamualaikum semua,
Dah lama saya tak update apa pun kat blogspot ni sejak sibuk dengan kerja dan sebagainya.
Sejujurnya saya masih aktif menulis dalam bentuk journal. Hanya dalam "buku diary" yang saya seorang sahaja yang tahu ;)
Apa pun, hari ini saya nak share tentang tajuk atas tu. Kenapa? Sebab saya selalu hadapi perkara sebegitu, keputusan berubah ubah . Kebanyakannya saya tidak begitu gembira dengan tindakan saya dan saya tengah cuba redha dengan "atur cerita" kehidupan saya ini.
Baiklah, saya ringkaskan sahaja apa yang saya hadapi. Ia ada kaitan dengan pelbagai perkara seperti keputusan pilih kerja,pemilihan untuk berkawan atau lebih dari itu, dan sebagainya. Selalu yang saya pilih, saya berasa menyesal dan tak happy.
Sebab apa? Saya dah bayangkan awal apa yang akan terjadi berlaku. Saya awal-awal lagi dah "analyze" perkara-perkara tu dan jadi takut,overthink hinggakan saya rasa sangat cemas , gelisah seperti orang yang anxiety attack.
Betul lah apa orang kata "what you think is what you get" that's why penting fikir benda yang baik. Saya pula selalu fikir bukan-bukan dan kurang kawalnya dengan baik.
So saya buat keputusan berdasarkan apa yang saya tengah rasa masa tu. Kemudian bila dah terjadi, ia tak seperti yang saya bayangkan. Bila dah lalui, tiada apa untuk ditakutkan .Rasa emosi anxiety,takut tu hilang seperti tiada apa. jadi saya rasa down dan menyesal kerana apa yang saya buat telah menyebabkan seseorang jauhkan diri dari saya. Sebenarnya banyak perkara yang saya kesal dan nak masa diputar kembali agar tak berbuat demikian .
Memang banyak kesilapan yang saya buat termasuklah "paksa" diri untuk busykan diri masa fasa healing, paksa diri move on dari seseorang walau dia tak buat salah apa apa. Kebanyakannya salah itu dari saya sendiri.
Kalau tak buat macam tu, sampai sekarang lah saya termenung, murung, sedih.
Tipu lah tak sedih orang datang dan pergi dalam hidup, namun apa saya boleh buat selain redha dan mendoakan yang baik- baik? Itu je la yang saya mampu. Saya bersyukur dapat peluang kenal dengan seseorang yang baik. Dan ada family yang supportive.
Cuma dalam bab berkawan, saya sukar nak dapatkan kawan lagi-lagi di tempat kerja. Saya lebih kepada diam, dengar,observe dan baru tanya soalan untuk buka conversation. Tapi kadang selalu tak ada respon sangat. Saya pun mula jadi tak try hard dah. Letih jugak. Bosan pun ada.
Sampai hari ini, saya masih struggle untuk dapatkan diri saya yang "lost" tu untuk kembali kepada diri yang dulu , tahu apa yang saya nak,ada goals hidup, mampu hadapi apa sahaja, yang keep fighting untuk survive.
Kadang saya teringat je saat dulu, dengan kawan lama, tempat kerja lama yang saya rasa best, dengan someone yang saya pernah rapat seperti lebih dari kawan. Saya still ingat benda baik dan akan jadi anxiety sometimes bila terfikir benda buruk, and bila dah takde saat macamtu, saya rasa sedih & lonely jugak.
Sejujurnya , saya seorang yang introvert dan juga kurang bercampur dengan orang. Sebab tu bila ada seseorang yang saya rapat tapi tak kekal lama saya jadi sedih. Saya sedar saya banyak kekurangan.
Keputusan berubah bukan pasal relationship je, pasal pilih kerja pun saya selalu berubah ubah. Kejap nak apply kerja yang berbeza beza bila rasa tak serasi dan mental makin terganggu. Saya cuma nak mental health saya terjaga je.
Saya selalu simpan sendiri apa yang saya rasa. Saya cuba nak selesaikan sendiri dan tak mahu orang lain tahu tentang kelemahan saya. Namun selalu orang lain menilai saya dari segi muka kurang senyum, macam tak puas hati , padahal saya tengah banyak fikir dan cuba tenangkan diri. Rupanya sukar urus diri sendiri kadang-kadang.
Saya bersyukur ada bahagian baik dari Allah kurniakan. Walaupun saya selalu buat dosa. Semoga Allah sentiasa ampunkan dosa saya dan limpahi segala kebaikan, keberkatan hidup kepada saya dan keluarga.
Pasal jodoh, karier, masa depan saya selalu fikirkannya. Semoga ada rezeki untuk saya berkahwin, karier kukuh, hidup tenang dan selesa walau bersederhana.
Saya selalu fikir "siapa lah jodoh saya, adakah dia yang saya pernah kenal dulu? Atau adakah orang lain? Ye banyak betul saya fikir dan sekarang nak kurangkan stress fikir benda ni .Saya selalu doa minta dikurniakan yang baik , bertanggungjawab, penyayang dan ada attractive lain seperti yang saya suka.
Okay, kisah keputusan dah habis.
Walau saya dah bertindak macam-macam sebelum ni, atas saranan, nasihat teguran pandangan orang sekeliling dan keputusan pun saya buat . Saya selalu berfikir lagi, betul ke tindakan saya ini? Rasa macam betul tapi rasa macam salah jugak, sampaikan saya selalu tanya orang betul ke saya buat itu, betul ke tindakan saya ni?
Sejujurnya saya pernah buat tindakan yang saya tak pernah buat dan dalam keadaan takut. Tapi alhamdulillah walau macam tu, saya tak rasa menyesal sangat. Mungkin belum cukup lagi untuk saya puas hati. Tapi saya nak chill dah sebab kadang saya penat.
Saya tengah mencari solusi supaya saya dapat "reset" semua perkara dalam hidup saya. Sebahagiannya perlu diterima,dilepaskan ,redha dan move on, sebahagiannya akan menjadi simpanan untuk diingati, dihargai, dan motivasi diri.
Sekian dari saya hari ini, thank you sudi baca blog saya! Ada pandangan boleh je komen ok
Comments
Post a Comment