Pengalaman Mengundi PRU ke 15

Hello assalamualaikum semua.


Untuk entri harini ialah berkenaan pengalaman saya mengundi untuk PRU ke-15 baru-baru ni. 





Umur saya 24 tahun. Kira ni pengalaman pertama saya, sebelum ni saya tak pernah buat apa apa undian untuk PRU 5 tahun yang lepas sebab masa tu umur saya lebih kurang 19 tahun. So bila saya disahkan layak mengundi dari website semakan SPR, kita semua kena pergi mengundi pada 19 November 2022 ni ke lokasi yang diberi.


Hari berganti hari, masa mengundi pun telah tiba.


Saya tidak keseorangan yang terpilih mengundi di SMK Taman Melawati, sekolah menengah saya dulu. Mujur saya bersama dengan mak dan abang saya. Saya bertanya soalan kat mak proses undi ni macam mana. Mak kata senang, beratur lepas tu nanti bagi ic, Celup jari dan lepas pihak ejen confirmkan maklumat ic nama, mereka akan bagi card undi kat kita lepastu tanda kan "X" parti yang kita pilih dan lepastu masukkan kat bekas. Masa tu saya pun ok lah kalau macam tu.


Rupanya beratur panjang juga masa baru sampai di sekolah. Sebab saya dapat Saluran 12. Nombor bilangan 7144 ya. Saya orang yang ke-7144 datang mengundi kiranya haha. Dalam semakan SPR website menggalakkan saya datang pada pukul 8 pagi ke 10 pagi. Tapi sebab saya tiada kenderaan dan ikut cadangan mak untuk datang tengahari sikit macam pukul 12 untuk kurangkan keramaian. Tapi tidak, masa tengahari pun ramai orang.





Masa beratur tu, saya tak sama saluran dengan mak dan abang. Mak beratur di saluran 5, abang beratur di saluran 11. Mak mengundi di Dewan sekolah yang hanya 1 tingkat. Saya dan abang kena beratur dan naik tingkat 3 kelas pelajar.


Nak dekat jam pukul 2 petang baru sampai tingkat atas dan masuk mengundi. Mula-mula saya blur dan tengok orang depan saya buat apa masa masuk tu. Lepas tu baru saya masuk, terus bagi IC dan beritahu nombor bilangan saya kepada ejen. Dia sebut nama saya dengan kuat ye. Mungkin nak confirmkan kot, sama je macam orang depan saya tadi.


Dalam kelas ada beberapa ejen mengundi yang duduk di tempat berbeza. Saya hanya fokus ikut perkara yang mereka suruh saja walaupun blur. Baru masuk saya disuruh letak handbag di kotak yang disediakan, mungkin untuk elakkan penipuan undi.


Lepas celup jari, salah seorang ejen tu beri card undian dekat saya suruh undi di belakang. Saya lalu menuju ke ruang tu dan terdengar seseorang sebut "ina". Saya toleh dan tengok rupanya Basyirah yang sebut nama saya. Dia salah seorang ejen mengundi yang bertugas pada masa tu. Saya lambai dan senyum dekat dia tanda respon.


Saya lihat card undi tu, mengandungi 4 jenis parti dan nama-nama yang terpilih. Saya jadi gelisah dan tak tahu nak pilih siapa. Sebab orang yang saya expect tu takde dalam list.


So dengan Bismillahirahmanirrahim saya selamat tandakan "X" pada salah satu parti. Dengan harapan pilihan ni tepat dan dapat memberi yang terbaik kepada rakyat untuk masa akan datang. Lepas tanda tu sekali lagi saya toleh dekat Basyirah dan lambat untuk bagi hint bye.





Alhamdulillah kejap je proses dia. Serious ingat celup jari & guna jari tu tandakan dekat card tapi tidak ya. Saya tanda guna pen yang disediakan di sana.


Lepastu saya jumpa mak dan abang untuk pergi ke kereta dan ikut pulang ke rumah. Tapi Abang pun sempat ya ajak saya teman dia beli promo 2 Tea live RM15! Amboi. Ramai yang beratur kat stesen minyak. Memang hari untuk beratur je ni.


Hehe ok itu sahaja lah pengalaman hari PRU-15 saya. Saja berkongsi sebab nak dijadikan kenangan di sini. Have a nice day guys maybe nanti saya buat next entri lagi. Bye! 




Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Kerusi Terapi Cosmo Dr

Saya, Cita-Cita dan Bidang Safety