Pengalaman Kerusi Terapi Cosmo Dr
Hai assalamualaikum semua, Fina is back!
Lama betul ya saya tak update apa apa di blogspot ni sejak lama dah. Harini terasa nak menulis pula sebab datang idea hehe.
Btw sebelum saya nak cakap pasal Cosmo Dr ni nak tanya dulu, korang pernah dengar atau tahu tak tentang Kerusi Cosmo Dr dari Jepun? Jika pernah dengar, mesti sebab awak pernah cuba duduk, confirm pernah. Yang belum pernah dengar tak mengapa kalau tak tahu.
Sebenarnya saya tak pernah tahu pun ada terapi kerusi Cosmo Dr sehingga lah satu hari tu masa tahun lepas tak silap, saya dan mak saya keluar dengan kawan baiknya untuk makan di kedai. Lepas tu dia ajak pula ke showroom Cosmo Dr di SS15 Subang Jaya.
Masa tu mak dan saya macam pelik la sebab tak plan pun, then sebab bff mak ajak kitorang beratur untuk masuk. Yang ada di situ beberapa staff yang menguruskan showroom dengan pakaian macam sarkas sikit la haha. Memang culture shock dan kaku la sebab mereka siap suruh check blood circulation dekat tangan kita dengan alat zoom macam mikroskop dan happening semacam.
Lepas setel tengok mikroskop baru betul-betul masuk duduk dan mereka stabagi talk tentang Cosmo Dr. Dengan ada hiburan dari staff yang bising dan guna muzik, kami pun macam pelik je la dan tengok saja.
Sebab saya dan mak saya new comer masa tu, kami hanya datang sekali lepas tu tak datang lagi sebab jauh dari rumah. Masa tu takda lah macam beria dan minat nak datang.
Lepas first dan last datang di SS15, masa pun berlalu dengan pantas dan kami dah lupa pasal Cosmo Dr ni. Tiba tiba masa tahun 2022 bulan Oktober dalam pertengahan bulan, masa tu kami kat kedai makan di Taman Melawati saya tegur mak cakap "mak kedai biru ni macam Cosmo Dr yang kita pergi Subang haritu je? Tengok diorang pakai macam sama lah dengan kat subang" then mak tengok.
Mak pun "haah la ina, jom kita pergi situ lepas makan." then saya mula fikir macam "alamak kena pergi ke? Malas laa" then kami pergi jee.
kami datang dan masuk. Sama je start dengar talk sampai habis sambil enjoy entertainment dari staff mereka dengan pakaian markas. Team yang uruskan showroom ni muka berbeza dari yang kami datang di subang. Kira first time la tengok mereka ni.
Bila dengar penerangan barulah faham ada banyak showroom Cosmo Dr sedang beroperasi di pelbagai tempat dengan team Person In charge yang berbeza. Kalau kat Taman Melawati ni pic dia perempuan, Namanya Suza. Dan team assistant dia ramai lelaki. Kira-kira ada 3 lelaki dan perempuan dengan leader Mr loong Ohashi.
Kami dengar talk tentang fungsi Cosmo Dr, Lani2 Chair dan info kesihatan seperti masalah insomnia, dan juga feedback customer lepas duduk lama di Cosmo Dr. Bila dengar semua baru teringat dan dapat recap semula. Masa duduk takde rasa apa apa walaupun terapi sedang berjalan.
Untuk ringkasan, Cosmo Dr ni adalah jenama Jepun yang menawarkan kerusi terapi cas Elektron untuk melancarkan peredaran darah dengan getaran yang kita duduk di kerusi. Tapi takde rasa apa pun, sebab tu semua peringkat usia selamat untuk duduk. Dan nak tahu tak, kebanyakan penyakit kita ni datang berpunca daripada darah kotor dalam badan, atau kerana peredaran darah tak berjalan dengan baik.
Benda ni jarang orang nak bagitau tapi di showroom Cosmo Dr mereka ada kongsi tentang kesan-kesan pemakanan, lifestyle yang boleh mendorong kepada darah kotor. Dan idea kerusi Cosmo Dr ni adalah apabila kita mula duduk kita sedang dicas dengan Elektron yang bergetar. Bila bergetar sebenarnya ia sedang bertugas untuk menggerakkan blood circulation kita untuk bagi cantik dan improve.
Bila peredaran darah dah improve, badan kita akan mula ada reaction seperti mudah tidur lena, badan rasa hangat, mudah berpeluh, badan jadi ringan, bahagian sakit bertambah sakit (untuk healing crisis), banyak la sebenarnya. Alhamdulillah sangat2, ramai yang mempunyai masalah cancer, BP, dan diabetes nampak perubahan dari segi penurunan bacaan.
Sebab itu saya nak share kepada semua, tolong lah cuba guna peluang free ni untuk duduk mula 3-7 hari. Berterusan lagi bagus tau. Insyaallah akan nampak perubahan. Yang penting free terapi, takde pressure untuk beli kerusi ni, tak perlu risau pasal ubat dan sebagainya sebab kita cuma perlu duduk dan dengar talk sahaja. Bawalah family kalau awak sayang mereka untuk bantu ikhtiar nak improve. Semua team friendly dan baik sangat.
Saya rasa itu sahaja lah entri saya untuk harini. Semoga bermanfaat buat semua. Oh ya saya ada beberapa gambar semasa berada di Cosmo Dr. Tengok dan nilaikan yaa.. Enjoy!
Comments
Post a Comment