Kenapa Kita Sering Overthink?


Seperti sedia maklum, overthink sering dikaitkan dengan perkara yang membawa kepada stress,takut, sedih dan down. Kenapa ya begitu? Jom baca sampai habis!


Sebelum tu fina nak share la pendapat fina tentang "overthink" ni. Overthink atau bahasa melayu dia ialah banyak berfikir yang keterlaluan dan mendalam. Tak salah sebenarnya overthink, tapi bila sampai satu tahap kita rasa tak okay, anxiety, sedih semua tu means kita dah terlalu jauh. Jauh termenung gitu. Orang tua cakap tak elok termenung tau. 

Fina bukan lah pakar psikologi, bukan lah sesiapa tapi fina pun salah seorang yang sentiasa overthink. Overthink ada dua jenis iaitu overthink yang mendorong kepada perkara positif atau perkara negatif. 

Macam mana nak tahu kita ni overthink? 

Berdasarkan pengalaman Fina sendiri, fina akan alami beberapa keadaan ni disebabkan overthink kepada benda negatif iaitu :

1) Perasaan jadi bercampur baur, ada gembira, ada sedih, ada nervous, ada takut.

 

2) Kita akan terfikir hal tu selama mana kita fikir, boleh jadi sehari lepas overthink tu then dah okay. Boleh jadi berminggu-minggu sampai kita sendiri tak perasan.


3) Kita jadi kuat termenung, contoh perkara tu tak besar pun tapi sebab kita terlalu fikir perbuatan kita tu okay ke tak, apa orang akan kata, apa reaksi dan pandangan orang kat kita. Kita akan bermain soalan kat diri kita seperti kalau, tapi, apa nak buat, macam mana, nanti, kenapa begini. Kita pun tersibuk nak nampak perfect untuk impress orang dan nak orang suka kat kita.


4) Kita rasa low self esteem, bila kemana mana kita ada rasa dan fikir orang sedang memerhati kita dan akan judge kita. Kita akan jadi takut nak buat silap, sampai tak nak mencuba langsung. Kita jadi control dan takut nak menjadi diri sendiri di depan orang lain. Kita jadi pendiam. Dan selalu rasa diri tu kekurangan. 


5) Kita cenderung fikir perkara negatif yang kemungkinan berlaku, walaupun belum berlaku tapi kita dah down sebab fikirkan perkara tu. Senang cerita kita manusia ni kena juga usaha fikir positif sebab selalu otak kita ni akan mudah terserap benda negatif ke dalam diri kita. Contoh orang cakap kat kita, terus hadam dan percaya kata-kata tu. Jadi sensitif dan mudah terasa. Perasaan tu jadi berlarutan pula. Dari overthink pasal ayat tu tersimpan ke dalam hati dan hati pula jadi sedih dan terasa.


 6) Dari segi fizikal muka kita akan berkerut, asyik kritik diri sendiri dengan ayat negatif, mood kelaut, kepala rasa sakit, perut rasa sakit dan gastrik, satu badan rasa tegang. 

7) Susah nak ada perasaan ceria dan suka menyendiri. So seharian tu jadi sia-sia sebab layan perasaan tak okay tu.kita jadi tak fokus, pelupa dan susah nak tidur. 


So itu lah antara kesan-kesan yang Fina rasa bila overthink perkara negatif. Korang nampak kan? Kalau korang pun ada situasi macam Fina, Jangan risau tau. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.


Bagaimana nak atasi masalah overthink ni? 

Fina share apa yang fina buat untuk "cool" kan diri fina dari overthink. Kalau nak buat macam fina pun boleh. Overthink ni bukan boleh hilang terus, tapi ni untuk bagi kurang je


Apa Fina buat untuk kurangkan overthink yang negatif :


-Membaca. Ya, baca quotes yang positif,buku ilmiah ke motivasi ke. Nak baca tips pun bagus. Contoh tips nak jadi orang yang positif dan sebagainya. Zaman sekarang nak cari apa apa kat hujung jari je. Hehehe


-Doa berterusan kepada Allah swt dan lakukan ibadah sunat. Kalau ada keliru ke nak petunjuk ke boleh buat solat taubat, solat sunat,banyakkan zikir, baca Al quran dan doa harian. Kita cuba sama sama okay. 


-Kalau runsing tentang sesuatu, minta lah pendapat kepada orang yang dipercayai seperti keluarga dan kawan rapat. Nak luahkan boleh tapi jangan kerap fikir masalah. Fikir penyelesaiannya. 


-Menulis. Ha kenapa menulis? Sebab menulis ni salah satu kaedah yang baik untuk membebaskan fikiran yang terganggu di fikiran kita. Kalau nak tahu macam mana cuba tulis apa plan hidup, apa yang kita nak, apa yang kita suka dan tak suka, apa kelebihan dan kekurangan, apa yang kita rasa. Percaya lah, walaupun korang tak cerita kat sesiapa pun beban korang akan terasa ringan sikit. Dan ini akan memudahkan korang nak berdoa kat Allah Berdasarkan perkara yang korang tulis. 


-Bina rutin harian dan sibuk kan diri, list kan apa kita nak buat, nak makan apa. Set kan prioriti kita, matlamat dan goals kita supaya lebih rasa termotivasi dan bersemangat. Mulakan dengan perkara kecil dulu. Berhenti compare hidup kita dengan orang lain ok. 

-Cakap benda baik kat diri kita setiap hari. Boleh cuba tengok cermin dan cakap kat diri sn

Kesimpulannya, kita adalah insan yang istimewa yang Allah Swt ciptakan dan kita bersyukur lah untuk itu. Salah satu anugerah yang Allah swt kurniakan kita ialah Islam, Iman dan akal. Jika kita timba ilmu agama dan mengetahui sebenar-benar kebaikan mengendalikan akal kita dan emosi kita dengan baik menerusi iman, insyaallah kita akan menjadi orang yang berasa tenang, bersyukur, bahagia dan berjaya dunia akhirat. Aamiin.


 Last but not least, fina nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan untuk tahun 2021 tak lama lagi. Semoga kita dapat menghadapi nya dengan baik walaupun musim covid19, dan mengumpul lebih banyak pahala dan keberkatanNya di bulan mulia ini. Aamiin. Insyaallah nanti kan post terbaru fina lagi jika berkesempatan.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Kerusi Terapi Cosmo Dr

Saya, Cita-Cita dan Bidang Safety

Pengalaman Mengundi PRU ke 15