Sakit ke cabut gigi?
Hi semua, apa khabar ? Fina kembali untuk update posting baru yang berjudul cabut gigi.
Saya yakin dan confirm hampir kita semua ada alami situasi ini.
Even budak2 pun kena juga dan takde siapa yang terlepas dari hal ni. Dah tu kita laa yang kena lalui semua tu seorang diri.Dengan masuk bilik yang penuh dengan alat2 pergigian, kerusi pesakit dan lampu yang terang menerang. Sangat mendebarkan okay !
Ini berlaku kat saya masa 10 Julai yang lalu. Sebenarnya saya rancang nak cabut seminggu awal tapi sebab kan klinik gigi tu ada masa open dan close dia saya tangguhkan ke hari lain. Diceritakan kes gigi saya ni jenis gigi geraham berlubang tapi dibiarkan lama sampai jadi teruk. Sebelum ni saya ada pergi klinik untuk tampal gigi berlubang tapi masa tu tak teruk lagi. Lama kelamaan , saya mula rasa gigi saya tak selesa dan ngilu setiap kali kunyah makanan dan minum air sejuk dan panas. Ini memaksa saya untuk ke klinik gigi untuk buat pemeriksaan.
Selama ni saya tak ambil serious tentang gigi saya walaupun saya tahu gigi saya dah hitam dan berlubang besar.
Sebelum cabut gigi, doktor akan check gigi saya untuk tengok part yang teruk tu. Lepas dah check dan record doktor suruh saya pergi ke bilik yang ada nurse dan alat blood pressure untuk buat blood pressure test. Kemudian baru kembali ke bilik dentist tadi.
Proses nak cabut pun ya rabbi sakit tak terkata sebab kena 3 bius kat kawasan gusi gigi rosak tu. Saya pun macam terkejut sangat dan tarik nafas untuk tahan sakit. Lepas dah rasa kebas baru dentist mulakan proses cabut gigi dengan bantuan nurse lain guna manual method (guna alat lebih kurang macam penyepit).
Dalam setengah jam akhirnya dah cabut gigi tu! Saya macam tak percaya proses saya secepat tu, rasa sangat dipermudahkan berbanding orang lain yang mengambil masa yang agak lama. Tapi walaupun gigi dah cabut, saya dapat rasa perit nya masa proses dentist cabut gigi. Mujur ada dentist yang layan baik dan tenangkan saya.
Lepas keluar dari bilik tu, mak dan kembar saya tengok saya dengan riak muka pelik , sebab diorang tak percaya proses saya cepat sangat sebab saya baru juga masuk. Alhamdulillah, saya ke klinik kerajaan jadi harga rawatan sangat murah
Apa puncanya? Dentist bagitahu antaranya disebabkan cara pemakanan dan kebersihan peribadi.Jadi saya pun diam sahaja fikirkan tentang gaya hidup saya. Selama ni saya memang makan macam2 makanan dan tak consistent dalam gosok gigi waktu malam sebelum tidur. Saya redha saja dengan ketentuan ni. Kalau bukan sebab sakit gigi saya masih akan berdegil dari pergi klinik gigi. Mak dan kembar selalu bising kat saya pasal ni.
Malaysia First Lip & Cheek Serum with natural ingredients. It's safe , convenience & wudhu friendly ! More at https://www.instagram.com/mawarose_finaa/
Saya cuma nak pesan kita jangan ambil remeh tentang gigi, walaupun gigi nampak kecil tapi gigi ni bersifat sensitif dan berisiko untuk kena jangkitan dan bakteria yang boleh menyebabkan macam2 penyakit. Setiap apa yang kita makan akan ada reaction dengan bakteria kat plak dan akan hasilkan asid boleh menyebabkan karies gigi. Kalau nak tahu tahap kesihatan kita, tengok gigi kita macam mana. Jadi jagalah pemakanan dan kebersihan gigi kita okay.
Saya harap takde siapa yang kena macam saya. Kalau ada yang buat macam saya, berhentilah dari sekarang. Semoga posting saya bermanfaat untuk semua. Jumpa lagi di next posting
Comments
Post a Comment