Allah Swt Selamatkan Nyawaku

"Jika masa tu kitorang tak selamat, macam mana nasib kitorang lepas tu?" Bisik hatiku. 


Assalamualaikum guys, aku harap semuanya yang baik baik sahaja buat korang okay. Jika dikirakan , ini adalah blog post aku yang ketiga. Aku masih menulis blog walaupun jarang sekali. Menulis tetap "passion" aku selepas membaca. Dua dua aku suka, tapi dah tak serajin dulu. Hahah. Jangan ikut aku okay!  Membaca sangatlah bagus tau, sedangkan Al-Quran adalah kitab suci dan sangatlah rugi jika tidak membacanya. Membaca adalah digalakkan sebagaimana dinyatakan dalam surah Al-'Alaq dari ayat 1 hingga 5. Korang boleh rujuk pada terjemahannya. Sekiranya membaca dan dalam masa yang sama korang baca terjemahannya, tentu lebih "feel" dan terinspirasi gitu, sebab ia adalah daripada Allah Swt.

 Sebenarnya aku bukan nak cerita tentang baca ni. Tapi..
 


Pada Suatu Hari..

Aku dan bapa tergesa-gesa menyiapkan diri dan dokumen penting untuk dibawa ke satu company (nama rahsia) di Bangsar. Kami menaiki motor dengan kelajuan yang sederhana ke sana untuk urusan tersebut buat kali yang pertama. Jujur aku cakap, aku rasa gerun naik motor lagi2 bila lalu celah2 kereta. Masa terasa panjang memandangkan ia hari bekerja. Pada perbincangan, selepas urusan selesai bapa akan menghantarku ke rumah dan bapa akan kembali ke ofis untuk sambung kerja. Alhamdulillah, segala persoalan kami kepada seorang perunding terjawab dan  dapat memahami segala "step" yang perlu dilakukan seperti yang dinasihatkannya. 




Detik Cemas

Setelah enjin motor dihidupkan, kitorang gerak menuju ke jalan raya yang sesak dengan pelbagai kenderaan. Terdapat dua laluan yang menghubungkan ke jalan yang berbeza. Laluan sebelah kiri menghubungkan jalan ke Ipoh dan Klang manakala laluan sebelah kanan menghubungkan jalan ke Kuala Lumpur. Dengan kelajuan yang perlahan, bapa menghentikan brek seketika dan meminta aku turun. 

Aku baru tahu yang kitorang lalu jalan yang salah. Aku disuruh pergi ke laluan pejalan kaki sementara bapa mengalihkan dirinya dan motor ke laluan pejalan kaki. Setelah jalan raya kurang kenderaan , bapa tekan minyak dengan kuat menjadikan motor yang dibawa terasa laju sangat. Namun, kelajuan kenderaan BMW yang melalui ke jalan yang dilalui kami sangat mencemaskan dan hampir langgar kami. Aku jerit perkataan "Bapa! kereta pa!" dan melihat sahaja kereta yang makin hampir dengan buntut motor kitorang. 

Masa tu hanya mampu bayangkan nasib yang bakal berlaku. Bapa tekan brek pada laluan divider yang bergaris putih. Alhamdulillah, takde kemalangan yang berlaku. Kereta BMW tekan hon keretanya kat kami, menyedarkan kami tentang kecuaian dan bahaya yang berlaku. Masa tu kitorang betul2 rasa terpaku, speecless, dan terkejut sampai tak gerak kemana dari divider. Lepas keadaan lega, kitorang teruskan perjalanan pulang ke rumah. 


Pengajaran

Pendapat aku, sikap sabar paling penting sebelum, semasa dan selepas lalu jalan raya. Tak kira lah naik kereta ke, motor ke, lori dan seumpamanya. Aku cakap ni untuk ingatan kat aku juga. Aku perhatikan  sebab hal ni, banyak accident jadi. Aku pasti setiap orang ada sebab sendiri nak bawak kenderaan laju2 , tapi nak ingatkan tolong berjaga2 juga. Yang nak masuk jalan tak bagi signal tu pun tolong jangan biasa macam tu. Orang lain dah sabar dengan jem, kau pula nak masuk kiri or kanan tak bagi signal ! kang dah kena langgar salahkan orang lain pula. Yang suka mencelah jalan pun sama. Tolong alert dengan lampu jalan jangan nak celah2 bila lampu dah hijau! memang naya kau nanti dengan lori or bas or treler, ishhh ! Kedua, bersikap positif. Semasa bawak kenderaan, cuba istigfar dan zikir sekali. Pemikiran boleh jadi positif jika kita bersangka baik. Daripada kita rasa marah sebab orang potong line, hati kita rasa tenang bila berfikiran positif dan tak jadi marah. Korang tahu lah kan, kalau kita terlalu ikutkan perasaan marah dan sakit hati , memang tak habis lah kes jalan raya ni. Kah! 


Last but not least, 

Aku syukur sangat sebab Allah swt selamatkan kitorang. Aku sendiri tak dapat gambarkan perasaan takut tu. Semoga Allah swt ampunkan kita semua selalu. selalu terapkan kat diri supaya selalu bertaubat dan kenal Allah swt.

Hehe, itu saja untuk harini, jika ada silap mohon ampun maaf dan tegur aku ya.Till you see my next post ! Bye  🎈🎈





Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Kerusi Terapi Cosmo Dr

Saya, Cita-Cita dan Bidang Safety

Pengalaman Mengundi PRU ke 15