Saya, Cita-Cita dan Bidang Safety
Prolog
Assalamualaikum readers sekalian (hm ada ke yang baca? hahahahaha) Maklumlah dah lama tak mengupdate blog ini , last sekali update masa Mei 2017 ni. Sekarang dah cuti semester so memang free habis sampai tak tau nak buat apa. Cuti-cuti ni banyak masa kat rumah je lah alang-alang rehatkan fikiran dari stress belajar dengan task lagi. Alhamdulillah dah melepasi .Doakan saya dapat result cantik dan lulus ya hehe.
Sekarang tinggal beberapa hari je Ramadhan bakal berakhir. Baju raya aku untuk tahun ni dah ada sepasang dan sedondon dengan adik beradik perempuan aku. Oh ya, aku ada seorang abang , dan aku anak yang ketiga dalam adik beradik. Untuk pengetahuan, aku dalam fasa dewasa, baru nak masuk 20 tahun (pada tahun ni). Point dia , aku tak banyak duit untuk membeli belah untuk keluarga memandangkan aku baru student dan masih mengumpul duit untuk diri aku. Bila ada banyak duit hasil simpan dan kumpul aku dapat belanja keluarga juga. Hm semoga ramadhan tahun ini bukan ramadhan yang terakhir buat aku dan keluarga aku insyaAllah amin.
Hi ! masa ni baru pakai coverall. Monday blues gitu |
Alrightttt, berkenaan tajuk aku harini, cik masih student. Baru habiskan semester 4 di Consist College. Aku masuk kolej masa intake Julai 2016, kos yang ada di kolej ni pada awalnya hanya ada Diploma Occupational Safety and Health Management. Masa aku masuk tu, hanya ada satu kos sahaja. Dengar macam hambar je kan? Yelah, di uiversiti atau kolej lain selalu ada lebih 4 kos gitu dan bilangan student sentiasa ramai setiap tahun. Namun berbeza dengan suasana di kolej ini yang bilangannya agak kurang. Sebab kos ni didominasi oleh lelaki berbanding wanita. Sekarang dah ada tambahan 3 kos baru ditubuhkan iaitu Dip. In Ergonomics, Dip.In Environmental Management, Dip.In Industrial Hygiene
Kolej ini telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan lokasinya terletak di Jalan Hulu Kelang, Ampang, Selangor. Kolej ini berada dekat dengan kawasan rumah aku di Taman Melawati dengan perjalanan lebih kurang 10-15 minit jika tak jam. Alhamdulillah mudah je aku ulang alik ke rumah tanpa dikenakan bayaran yuran asrama hihi.
Minat aku pada asalnya ke arah perniagaan. Memang nak ambik kos bisnes, tapi selepas berfikir panjang, aku taknak tinggal jauh dengan keluarga dan fikir bisnes boleh dilakukan kemudian, jadi aku ambik kos safety ni. Minat ? tak minat pun, tapi aku ambik untuk timba ilmu dan kerana masa depan SHO cerah dengan gaji yang lumayan disebabkan kerja yang berisiko tinggi.
Masa aku mula belajar , aku didedahkan dengan pelbagai gambar dan video kemalangan, undang-undang industri berkenaan persediaan kecemasan, TWA,PEL segala bagai, jenis alat keselamatan yang mesti ada di mana-mana industri, dan banyaaaak lagi la. Nak cerita tentang law memang banyak sangat dan sangat strict siap ada jenis saman untuk pelbagai salah laku khas kepada majikan, pekerja dan SHO juga. Selain tu, aku belajar pelbagai jenis hazard seperti ergonomik, elektrik, bunyi bising dan lain-lain lagi. Aku juga didedahkan dengan standard seperti OHSAS 18001, ISO pe tah ada banyak tahun dia... dan HRM juga. So far, seronok belajar semua tu. sebab kait rapat dengan kerja yang aku akan buat.
Masa lawatan ke kilang Ajinomoto pada 25 Oktober 2016 |
iri kita dengan ambik gambar setiap aktiviti yang dilakukan sebagai bukti jika kita tidak dipercayai . Ni nasihat la terutama diri sendiri, fizikal dan mental kena mantap , kena maki tu akan jadi kebiasaan tapi kalau boleh elakkan la daripada perkara tu berlaku. Lagi2 aku ni perempuan yang akan bekerja dengan ramai jenis orang dengan perangai unik masing2.
Apapun, aku bersyukur dapat timba ilmu safety meskipun jadi SHO bukan pilihan pertama cik . Aku ada plan sendiri. Dengan pendapatan gaji hasil kerja jadi SHO, dengan izin Allah aku akan gunakan duit sebagai modal bisnes aku suatu hari nanti. Doakan aku berjaya dan sentiasa bersemangat ya ! Jika korang minat untuk belajar dalam bidang ni boleh hubungi pada nombor tertera 0166252738 .
![]() |
Ni buku law yang cik belajar. Dah keluar kerja pun buku law ni berfungsi tau |
Masa aku semester 2, buat assignment risk assessment so kena masuk site. Uncle yang pakai baju merah tu SHO. And yang kanan tu my twins ! Kitorang sama2 ambik kos yang sama hihi |
kak nak jual tak buku nebosh tu? buku biru
ReplyDeleteHai, maaf saya tak jual buku ni :)
Delete