Pengalaman Mengundi PRU ke 15

Hello assalamualaikum semua. Untuk entri harini ialah berkenaan pengalaman saya mengundi untuk PRU ke-15 baru-baru ni. Umur saya 24 tahun. Kira ni pengalaman pertama saya, sebelum ni saya tak pernah buat apa apa undian untuk PRU 5 tahun yang lepas sebab masa tu umur saya lebih kurang 19 tahun. So bila saya disahkan layak mengundi dari website semakan SPR, kita semua kena pergi mengundi pada 19 November 2022 ni ke lokasi yang diberi. Hari berganti hari, masa mengundi pun telah tiba. Saya tidak keseorangan yang terpilih mengundi di SMK Taman Melawati, sekolah menengah saya dulu. Mujur saya bersama dengan mak dan abang saya. Saya bertanya soalan kat mak proses undi ni macam mana. Mak kata senang, beratur lepas tu nanti bagi ic, Celup jari dan lepas pihak ejen confirmkan maklumat ic nama, mereka akan bagi card undi kat kita lepastu tanda kan "X" parti yang kita pilih dan lepastu masukkan kat bekas. Masa tu saya pun ok lah kalau macam tu. Rupanya beratur panjang juga masa baru sa...